Sunday, 23 October 2016

5 Makanan Paling Popular Di Kalangan Orang Bujang

5 Makanan Paling Popular Di Kalangan Orang Bujang
Zaman bujang ni lebih-lebih lagi ketika awal-awal mula bekerja, duduk di bandar pula dengan kos sara hidup yang tinggi kadangkala mana sempat nak menyimpan duit, nak merasa makan sedap, tunggu hujung bulan lah. Dengan gaji basic RM900-1200 duduk di KL pula mana tahan bro..

So solusi untuk masalah ni, kami kerap berkunjung di kedai-kedai makan yang menyediakan makanan dengan harga bajet.

Tak ketinggalan juga ketika masih lagi bergelar pelajar universiti/kolej. Ya rutin harian apabila dah lapar, santap megi, lapar lagi santap lah roti gardenia dengan jem sekaya, lapar lagi santaplah nasi bujang RM1.50. Tapi sekarang takkan jumpa dah harga nasi bujang RM1.50…

Berkongsi entri dari idea asal di sebuah blog satira, Satrika.my, di bawah adalah antara makanan yang kerap kali orang bujang makan.

1. Mi segera



Makanan ni legend. Walau sejauh mana zaman berubah. Walau dah berkahwin pun memang mi segera kena simpan dalam rumah. Cuma bila dah kahwin, kekerapan makanan mi segera tu berkurang sikit sebab dah ada tukang masak kan? Bagi duit poket bulan-bulan, pandai-pandailah dia.

2. Biskut mayat cicah milo



Makanan ini tak semestinya orang bujang, ada je orang yang dah kahwin makan macam ini. Cuma yang bezanya adalah kekerapan dalam sehari. Kalau masa bujang tak kisah kalau makan benda ini je dari sarapan, makan tengah hari dengan makan malam. Hebat kan?

3. Nasi putih, telur dan kicap



Ini pun salah satu makanan yang glemer bagi orang bujang. Nak masak beraneka macam malas sangat. Malas satu hal, nak jimat duit kumpul nak kahwin.Jadinya masak nasik, goreng telur letak kicap. Kalau nak sayur sangat, hiris timun je. Kan dah lengkap hidangan sepinggan.

4. Roti kosong dengan kaya atau mentega kacang



Benda ini pun tak adalah nak diherankan sangat, cuma bezanya macam penulis katakan tadi, kekerapan kita makan benda ini. Tak kisahlah seminggu pun makan menu yang sama dari pagi, tengah hari dan malam kahkahkah.

5. Nasi bujang



Zaman kami dulu, RM1.50. Nasi putih, telur dadar dan sup kosong, kalau tuan kedai tu baik hati dapatlah merasa sup+kaki ayam. Tapi zaman sekarang ni tak pasti pula berapa harga bagi satu set nasi bujang ni. Hidangannya dari dulu sampai sekarang tetap sama.

Kenyang? Boleh lah nak mengisi perut tu time dompet tengah tak berisi lagi ni. Paling popular dikalangan student, malah menu ini sesuai bagi yang ikat perut sebab kumpul duit nak kahwin.

No comments:

Post a Comment