SAH Lelaki Yg Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang Dah Jumpa ! Semalam Ramai Yg Tak Percayakan ? Ni Bukti Dia !
Nibong Tebal: Mayat Mohd Shukri Saad,38, yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, ditemui nelayan empat kilometer dari lokasi kejadian jam 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui pada tiang P88 jambatan berkenaan.
Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.
Menurutnya, mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman.
Friday, 28 October 2016
Wednesday, 26 October 2016
(TRAGIS) : [8 FOTO] IDENTITI PENUH! SIAPA SEBENAR NURUL AIN SYAWQAH WARDIAH JURURAWAT HSA..YANG YANG SANGUP MENGADAI NYAWA MENYELAMATKAN PESAKIT MANGSA KEBAKARAN !
(TRAGIS) : [8 FOTO] IDENTITI PENUH! SIAPA SEBENAR NURUL AIN SYAWQAH WARDIAH JURURAWAT HSA..YANG YANG SANGUP MENGADAI NYAWA MENYELAMATKAN PESAKIT MANGSA KEBAKARAN !
Johor Bahru : Tugas nya tidak boleh dipertikaikan dalam membantu memberi rawatan di tempat nya bertugas ini lah ini Nurul Ain Syawqah Wardiah yang gambar nya kini telah viral dilaman sosial.
Beliau merupakan salahseorang Staff di HSA yang ditimpa malang dalam insiden kebakaran pagi tadi di Wad ICU HSA. Rata-rata nitizen dimedia sosial medoakan kesihatan jururawat ini yang sanggup megadai nyawa nya demi tugas akhir nya dia juga turut ditimpa musibah.
Nurul Ain Syawqah Wardiah berasal dari Termeloh Pahang segala indetiti mengenai jururawat ini tidak banyak didedahkan mungkin bagi memberi penghormatan pada mangsa dan keluarga.
Mengikut laporan Harian Metro Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.
"Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi," katanya.
Sunday, 23 October 2016
“Jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!” Betul Atau Tidak Jom Kita Sama-Sama Lihat
“Jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!”
“Jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!”
Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?
Sebenarnya,tidak. Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema dan pneumonia. Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.
Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.
Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.
Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.
Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.
Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.
Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.
Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda.
secara kesimpulannya,anda tidak lagi perlu risau sekiranya mandi malam. Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita.
15 Tempat-Tempat Aneh Di Dunia Yang Anda Belum Pernah Lihat
15 Tempat-Tempat Aneh Di Dunia Yang Anda Belum Pernah Lihat
Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana bahagian di atas dunia – hanya di situ. Ia menjadikan kita persis berada di planet lain.
Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia.
1. Devils Postpile, California
2. Cave of Crystals, Mexico
3. ‘Door to Hell,’ Turkmenistan
4. Crescent Lake, China
5. Dragon’s Blood Trees, Socotra
6. Crooked Forest, Poland
7. Great Blue Hole, Belize
8. Split Apple Rock, New Zealand
9. ‘7 Giants,’ Russia
10. Eye of the Sahara, Mauritania
11. Zhangjiajie National Park, China
12. Red Beach, China
13. Thor’s Well, Oregon
14. Avenue of the Baobabs, Madagascar
15. Fingal’s Cave, Scotland
Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan Di Mexico
Pulau Anak Patung Yang Menyeramkan Di Mexico
Xochimilco sebuah daerah di Mexico City, Mexico yang terkenal dengan banyak bangunan bersejarah dan terusan menghubungkan beberapa penempatan menarik.
Pada 1987, Xochimilco diisytiharkan Tapak Warisan Dunia UNESCO, sekali gus menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia ke daerah itu. Namun, keterujaan pelancong mungkin bertukar menjadi perasaan seram sekiranya mereka melawat sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Anak Patung.
Pulau terpencil yang terletak di satu kawasan berpaya ini dianggap berhantu dan dipenuhi ratusan anak patung yang menyeramkan. Untuk sampai ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki perahu dari Mexico City selama dua jam melalui terusan yang berliku.
Sebaik sahaja kaki menjejak ke pulau ini, pengunjung disambut dengan ratusan anak patung yang usang dan suasana yang menakutkan. Hampir seluruh pulau kecil mempunyai anak patung digantung di pokok dan wayar berkarat. Keadaan anak patung yang usang akibat terlalu lama terdedah dengan cuaca dan menjadi sarang labah-labah serta serangga cukup menggerunkan.
Walaupun pulau ini bukan destinasi pelancongan popular di Mexico City, ia tetap dikunjungi ribuan jurugambar dan pengunjung yang mahukan kelainan pada setiap tahun. Jurugambar, Cindy Vasko yang melawat pulau itu baru-baru ini menggambarkan ia sebagai tempat paling menakutkan yang pernah dilawatinya.
“Perjalanan ke pulau ini, saya dihiburkan dengan pemandangan hutan yang menarik dan haiwan liar seperti burung berkicauan.
“Bagaimanapun, apabila sampai ke pulau itu, suasana berubah sekelip mata dan tiba-tiba perasaan seram terus menyelubungi diri saya,” katanya.
Ujarnya, melihat puluhan anak patung yang tergantung di pokok dan wayar cukup mengganggunya.
“Anak patung ini bukan sahaja tergantung di pokok, tetapi di tanah, di tepi bangunan dan pagar.
“Selama berpuluh-puluh tahun anak patung itu dibiarkan terdedah menyebabkan ia mula mereput.
“Ada anak patung dilitupi sarang labah-labah, ada yang kehilangan anggota badan serta ada hanya kepala yang tergantung,” jelasnya.
Penduduk di daerah itu percaya pulau itu berhantu selepas seorang budak perempuan mati di lokasi berkenaan kira-kira 50 tahun lalu. Mayat kanak-kanak itu dijumpai seorang lelaki, Julian Santana Barrera yang tinggal seorang diri di pulau berkenaan.
Barrera mendakwa mayat budak itu dijumpai hanyut di terusan bersama anak patungnya. Sejak itu, Barrera diganggu dengan jeritan dan bayangan kanak-kanak berkenaan yang berjalan di hutan.
Kerana tidak tahan dengan gangguan itu, Barrera menggantung anak patung milik mangsa di pokok sebagai menghormatinya. Barrera kemudian menggantung ratusan anak patung lagi untuk mententeramkan roh kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu terus tinggal seorang diri di pulau terpencil berkenaan sehingga dia dijumpai mati secara misteri pada 2011.
Mayat Barrera dijumpai terapung di terusan yang sama dia menemui mayat budak perempuan itu. Sehingga kini, penduduk dan pengunjung yang melawat pulau itu mendakwa masih mendengar suara orang menjerit.
Sehingga kini, penduduk dan pengunjung yang melawat pulau itu mendakwa masih mendengar suara orang menjerit dan kadangkala anak patung seperti berbisik serta merenung ke arah mereka.
Ramai pengunjung juga membawa anak patung untuk diletakkan di pulau berkenaan sebagai penghormatan kepada roh di lokasi itu.
Cara Mudah Nak Tahu Kedai Guna Pelaris Jin
Cara Mudah Nak Tahu Kedai Guna Pelaris Jin
” Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42)
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Pada zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli pilotik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam:
Baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta.
Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir:
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
Subscribe to:
Posts (Atom)